Posts

Showing posts from March, 2021

PSIKOLINGUISTIK

Image
 Assalammualaikum dan selamat datang kepada semua pembaca blog Sha.   Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk membaca tulisan yang ingin dikongsikan di dalam blog ini. Saya, Noor Shahida Binti Endang Triana yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Saya berumur 21 tahun dan saya juga merupakan pelajar bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris.  Saya ingin berkongsi beberapa maklumat tentang makna psikolinguistik kepada semua pembaca.  Psikolinguistik adalah gabungan dua ilmu iaitu psikologi dan linguistik. Ilmu ini sebenarnya sudah wujud pada permulaan abad ke-20 tatkala sarjana psikologi Jerman Wilhem Wundt menyatakan bahawa bahasa dapat dijelaskan dengan dasar prinsip-prinsip psikologis (Kess, 1992). Pada waktu itu kajian bahasa mula mengalami perubahan daripada sifatnya yang estetik dan kultural ke suatu pendekatan yang ilmiah.  Menurut Atichison (1978), psikolinguistik boleh ditakrifkan sebagai kajian