PSIKOLINGUISTIK


 Assalammualaikum dan selamat datang kepada semua pembaca blog Sha.  

Terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk membaca tulisan yang ingin dikongsikan di dalam blog ini. Saya, Noor Shahida Binti Endang Triana yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Saya berumur 21 tahun dan saya juga merupakan pelajar bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian di Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Saya ingin berkongsi beberapa maklumat tentang makna psikolinguistik kepada semua pembaca. 

Psikolinguistik adalah gabungan dua ilmu iaitu psikologi dan linguistik. Ilmu ini sebenarnya sudah wujud pada permulaan abad ke-20 tatkala sarjana psikologi Jerman Wilhem Wundt menyatakan bahawa bahasa dapat dijelaskan dengan dasar prinsip-prinsip psikologis (Kess, 1992). Pada waktu itu kajian bahasa mula mengalami perubahan daripada sifatnya yang estetik dan kultural ke suatu pendekatan yang ilmiah. 

Menurut Atichison (1978), psikolinguistik boleh ditakrifkan sebagai kajian tentang bahasa dan akal budi. Ilmu ini menyelidik apa-apa yang berlaku dalam akal budi seseorang memperolehi, memahami, menghasilkan dan menyimpan unsur-unsur kebahasaan. 

Seterusnya, psikolinguistik adalah kajian mengenai mekanisme mental yang memungkinkan orang menggunakan bahasa. Ini adalah disiplin ilmiah yang tujuannya adalah teori yang koheren mengenai cara bahasa yang dihasilkan dan difahami. Perkara ini diperkatakan oleh Alan Garnham dalam bukunyan" Psikolinguistik: Topik Pusat". 

Sekian sahaja perkongsian saya berkaitan makna psikolinguistik daripada beberapa tokoh. Saya berharap blog saya ini dapat dimanfaatkan oleh para pembaca. Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

TEORI MONITOR B2

DISLEKSIA