TEORI MONITOR B2

Pada hari ini, saya akan menulis blog tentang Teori Monitor Bahasa Kedua di dalam tajuk pemerolehan bahasa kedua. Perkara ini mengenai hipotesis yang ditulis oleh seorang tokoh yang mampu membentuk dalam pemantauan pembelajaran bahasa kedua. Oleh itu, Shaa mengharapkan para pembaca dapat memperolehi ilmu yang disampaikan dengan berkesan.

 Pemerolehan melibatkan berbagai kemampuan seperti sintaksis, fonetik, dan kosa kata yang luas.Pemerolehan bahasa kedua merujuk kepada perkembangan bahasa orang dewasa. Kebanyakkan orang berpendapat bahawa kanak-kanak lebih mudah dan cepat mempelajari bahasa kedua berbanding orang dewasa. Hal ini kerana, perkembangan bahasa pada peringkat bayi telah dipengaruhi oleh perkembangan neurologi otak manusia. Apabila otak seseorang semakin matang, maka bahasa yang lebih kompleks berupaya untuk dihasilkan.

 Menurut Abdullah Hassan (1987), sesetengah individu mempelajari bahasa kedua kerana hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. Mereka perlu mempelajari bahasa lain selain bahasa ibunda untuk memudahkan sebarang komunikasi. Stephen Krashen berpendapat bahawa istilah pemerolehan bahasa tidak tertumpu dan digunakan untuk bahasa pertama iaitu bahasa ibunda saja namun istilah pemerolehan juga boleh diterapkan pada bahasa kedua.


TEORI PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

    Teori pemerolehan dan pembelajaran bahasa merupakan satu set kesimpulan atau rumusan pendapat yang diperolehi hasil dari  penyelidikan dan hipotesis yang mendalam tentang bagaimana sesuatu bahasa itu dipelajari dan dikuasai oleh seseorang. Prinsip sesuatu teori yang diamalkan itu dijadikan asas bagi menentukan sesuatu prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran bahasa. Seseorang memerlukan interaksi bermakna yang terdapat dalam bahasa itu sendiri, yang umumnya lebih berfokus kepada pesanan yang ingin disampaikan dari segi hukum tatabahasa itu sendiri. Kemampuan berbahasa diperoleh daripada input yang diterima. Terdapat beberapa tokoh yang mengemukakan teori masing-masing berkaitan dengan pemerolehan bahasa kedua.



Teori Input Hipotesis - Stephen Krashen mengemukakan perspektif teorinya dalam buku dan artikelnya yang diterbitkan dari tahun 1977 hingga 1997 mengenai pembelajaran bahasa kedua. Evolusi teorinya bermula pada akhir tahun 1970 apabila Krashen memperkenalkan Teori Monitor seterusnya dikenali sebagai Hipotesis Pembelajaran dan Pemerolehan dan kini lebih popular dengan Input Hipotesis. Krashen mencadangkan lima hipotesis dari teori ini untuk pemerolehan bahasa yang membentuk model pemantauan pembelajaran bahasa kedua. 



1. Hipotesis Pemerolehan Dan Pembelajaran

    Hipotesi ini merupakan hipotesis yang pertama daripada lima hipotesis. Sebahagian besar daripada bahasa pertama kanak-kanak diperoleh secara semula jadi tanpa pembelajaran yang formal. Pandangan sebelum ini menekankan kepentingan tempoh kritikal iaitu orang dewasa yang belajar bahasa kedua perlu bersungguh-sungguh. Namun Krashen berpendapat orang dewasa masih mampu memperoleh bahasa kedua. Hipotesis ini mengacu kepada bahasa kedua sebagai sebuah sistem yang diperoleh atau dipelajari. Bahasa dikuasai melalui proses dan keadaan yang terjadi secara formal. Tokoh ini juga memihak proses pemerolehan sebagai proses pembelajaran bahasa yang meyakinkan kerana mempelajari bahasa mampu menghasilkan komunikasi yang sangat baik.


2. Hipotesis Pemantauan (Monitor)

    Hipotesis ini menyatakan proses pemerolehan ayat dalam bahasa kedua manakala pembelajaran pula memantau proses menyemak dan mengedit output. Hipotesis monitor merupakan pemerolehan dan pembelajaran yang digunakan dengan cara yang sangat kompleks dan spesifik. Biasanya pemerolehan dimulai dengan membuat para penutur berucap atau berbicara dengan menggunakan  bahasa kedua dan bertanggungjawab atas kefasihan dalam berkomunikasi. Apabila setiap pelajar memiliki sebuah monitor dalam B2 pastinya dapat digunakan untuk memperbaiki bahasanya. Seseorang pelajar akan menggunakan sistem pembelajarannya sebagai sebuah monitor untuk mengedit, dan memperbaiki apa yang telah dipelajari melalui sistem perolehannya. Sebuah monitor dapat digunakan secara mudah sama ada bertulis mahupun berbentuk lisan. 


3. Hipotesis Pemerolehan Dalam Susunan Semula

    Susunan pemerolehan peraturan sintaksis dan jenis kesilapan yang umum adalah sama dalam B1 dan B2. Hipotesis ini menyatakan bahawa dalam proses pemerolehan bahasa, anak-anak memperolehi unsur-unsur bahasa mengikut urutan tertentu. .Hipotesis ini juga mengacu pada urutan-urutan penguasaan struktur gramatikal yang berlaku universal. Urutan pemerolehan unsur-unsur linguistik  ini berlangsung secara alami, dan diperoleh oleh setiap pelajar. Struktur bahasa yang diperolehi dengan urutan, beberapa struktur tertentu akan wujud lebih awal dari struktur bahasa yang lain dalam pemerolehan bahasa. Contohnya, struktur fonologi cenderung memperoleh vokal-vokal seperti (a) sebelum akhirnya membentuk vokal (i) dan (u).





 4. Hipotesis Penapisan Elektif

    Hipotesis ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pemerolehan bahasa kedua kerana menekankan pentingnya faktor dalam diri penutur bahasa dalam memperolehi bahasa kedua dengan jayanya. Menurut Krashen, antara faktor-faktornya adalah motivasi, sikap, kepercayaan diri, dan keinginan akan menjadi sangat penting. Keempat faktor inilah yang dikatakan hipotesis sebagai penapisan elektif. Jika seseorang pelajar memiliki faktor tersebut pastinya mereka akan mendapat pemerolehan bahasa dengan baik dan sempurna namun jika mereka tidak memiliki faktor yang dinyatakan maka variasi emosi yang positif akan wujud. HIipotesis yang dikemukakan oleh Krashen ini dapat disimpulkan bahawa  penapisan efektif merupakan penghalang bagi pemerolehan bahasa kedua (B2)  kerana penerimaan atau sebaliknya pada B2 sangat bergantung kepada keadaan faktor penapisan efektif dari pelajar.


5. Hipotesis Input Difahami

    Hipotesis ini menerangkan tentang proses pemerolehan bahasa kepada penutur bahasa kedua. Semasa penutur berusaha untuk lebih maju dari satu peringkat ke peringkat seterusnya, penutur perlu ada pemerolehan B2 yang berkaitan dengan makna dan input. Oleh sebab itu hipotesis ini mementingkan peranan pemahaman. Krashen berpendapat bahawa penghasilan bahasa tidak perlu diajar dengan jelas kerana muncul dengan sendiri apabila tiba masa. Pemerolehan itu terjadi apabila input itu dapat difahami . Input juga boleh didapatkan melalui tuturan dan bacaan yang dapat difahami maknanya yang dibantu dengan penguasaan tatabahasa. Hipotesis ini memiliki rumusan (i+1). (i) memiliki maksud sabagai input sedangkan (1) memiliki maksud sebagai kompetensi setingkat dari sebelumnya. Jika (i+2) maka pelajar akan berasa susah dalam belajar bahasa, berbeza jika (i+0) iaitu pelajar akan malas belajar kerana pembelajaran yang dilakukan dengan pengetahuan sebagai input yang sudah dikuasai oleh pelajar.


Sebagai penutup kata, lingkungan berbahasa menjadi faktor utama yang menjadikan bahasa kedua dapat diperoleh secara tidak sedar yang layaknya hanya pada bahasa pertama. Hipotesis ini juga turut mempengaruhi pembelajaran bahasa termasuk di dalamnya isu yang sangat kontroversial dalam pemerolehan bahasa kedua secara teori mahupun praktikal. Pembelajaran haruslah difokuskan kepada bahasa dalam bentuk tulisan bertujuan untuk pelajar dapat memahami struktur dan aturan bahasa. Hal ini berlaku kepada semua manusia tidak mengira usia mahupun status agar dapat memperolehi bahasa kedua tersebut. Bagi perspektif neurologi, kegiatan berbahasa berada pada bahagian-bahagian otak manusia iaitu otak kanan dan kiri. Otak kanan terlibat dengan pembacaan yang releven antara gerakan dan psikomotor dengan memori bahasa. Manakala pembelajaran bersifat kognitif pula bermula dari otak sebelah kiri . Oleh itu, keberhasilan individu memperolehi bahasa kedua ditentukan daripada kegiatan otak kanan dan kiri.  


RUMUSAN


Norul Haida Bt. Hj. Redzuan (2013), Ilmu Psikolinguistik, UPSI: Fakulti Bahasa dan Komunikasi. 

Noor Aina Dani (2017), Asas Psikolinguistik, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Soenjono Dardjowidjojp (2007). Psikolinguistik (Memahami Asas Pemerolehan Bahasa). Kuala Lumpur: PTS Professiona: Publishing Sdn. Bhd. 

Azhar Mohd Simin (1990). Psikolinguistik (Bahasa Akal Budi dan Dunia). Kuala Lumpur: Azwa Niaga Sdn. Bhd.

Adenan Ayob & Abdullah yusof (2010). Psikolinguistik. Tanjong Malim. Penerbit Emeritus Publications.

Comments

Popular posts from this blog

PSIKOLINGUISTIK

DISLEKSIA