Posts

Showing posts from May, 2021

DISLEKSIA

Image
Blog ini adalah tentang kecelaruan bahasa yang berfokuskan kepada disleksia. Apakah itu disleksia ? Oleh itu, blog Shaa akan menerangkan dan memaparkan tentang disleksia pada kali ini. Diharapkan dengan ilmu mengenai disleksia, para pembaca blog Shaa dapat mengetahui tentang masalah disleksia yang sering terjadi pada tumbesaran kanak-kanak.       Kelahiran kanak-kanak yang membesar dengan tumbesaran dan sifat sempurna pasti diinginkan oleh setiap ibu bapa. Namun, sesetengah kanak-kanak akan mengalami gangguan bahasa pada fasa perkembangan mereka untuk bertutur atas beberapa faktor antaranya faktor kecelaruan bahasa. Kanak-kanak haruslah menguasai 3M semasa peringkat pembelajaran mereka iaitu membaca, menulis dan mengira. Namun tidak semua kanak-kanak mampu menguasai 3M tersebut yang menjadikan mereka mempunyai masalah dalam pembelajaran dan dikenali sebagai kanak-kanak disleksia.  DISLEKSIA    Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys  yang bermaksud kesukaran dan lexis y

TEORI MONITOR B2

Image
Pada hari ini, saya akan menulis blog tentang Teori Monitor Bahasa Kedua di dalam tajuk pemerolehan bahasa kedua. Perkara ini mengenai hipotesis yang ditulis oleh seorang tokoh yang mampu membentuk dalam pemantauan pembelajaran bahasa kedua. Oleh itu, Shaa mengharapkan para pembaca dapat memperolehi ilmu yang disampaikan dengan berkesan.   Pemerolehan melibatkan berbagai kemampuan seperti sintaksis, fonetik, dan kosa kata yang luas . Pemerolehan bahasa kedua merujuk kepada perkembangan bahasa orang dewasa. Kebanyakkan orang berpendapat bahawa kanak-kanak lebih mudah dan cepat mempelajari bahasa kedua berbanding orang dewasa. Hal ini kerana, perkembangan bahasa pada peringkat bayi telah dipengaruhi oleh perkembangan neurologi otak manusia. Apabila otak seseorang semakin matang, maka bahasa yang lebih kompleks berupaya untuk dihasilkan.   Menurut Abdullah Hassan (1987), sesetengah individu mempelajari bahasa kedua kerana hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. Mereka perlu

PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK B1

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog Shaa. Disini saya menerangkan serba sedikit tentang Peringkat Perkembangan Kanak-Kanak Bahasa Pertama di bawah tajuk Psikolinguistik. Tujuan blog ini ditulis adalah untuk memberi pengetahuan kepada para pembaca mengenai peringkat kanak-kanak dalam pemerolehan bahasa pertama semasa proses tumbesaran kanak-kanak tersebut. Saya berharap agar para pembaca dapat memanfaatkan ilmu yang diterangkan dengan baik dan berterusan.     Pemerolehan bahasa dikatakan bermula sejak bayi itu dilahirkan iaitu melalui konteks sosial sebelum mereka mula bercakap. Konteks sosial sangat penting untuk membantu bayi tersebut memahami dan mempelajari bahasa. Oleh itu, ibu bapa akan mendedahkan objek-objek harian yang terdapat dipersekitaran kepada anak mereka. Pendedahan yang diberikan akan membantu perkembangan komunikasi bayi tersebut. Seterusnya, bayi memerlukan pendedahan bahasa sebelum mula menggunakan bahasa. Hal ini disebabkan pada awal mula ke