DISLEKSIA
Blog ini adalah tentang kecelaruan bahasa yang berfokuskan kepada disleksia. Apakah itu disleksia ? Oleh itu, blog Shaa akan menerangkan dan memaparkan tentang disleksia pada kali ini. Diharapkan dengan ilmu mengenai disleksia, para pembaca blog Shaa dapat mengetahui tentang masalah disleksia yang sering terjadi pada tumbesaran kanak-kanak. Kelahiran kanak-kanak yang membesar dengan tumbesaran dan sifat sempurna pasti diinginkan oleh setiap ibu bapa. Namun, sesetengah kanak-kanak akan mengalami gangguan bahasa pada fasa perkembangan mereka untuk bertutur atas beberapa faktor antaranya faktor kecelaruan bahasa. Kanak-kanak haruslah menguasai 3M semasa peringkat pembelajaran mereka iaitu membaca, menulis dan mengira. Namun tidak semua kanak-kanak mampu menguasai 3M tersebut yang menjadikan mereka mempunyai masalah dalam pembelajaran dan dikenali sebagai kanak-kanak disleksia. DISLEKSIA Disleksia berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang bermaksud kesukaran dan lexis y